Berikan Sebab Mengapa Perlu Atau Tidak Perlu


DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Jalan Hamzah, Ampang Pecah 44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan


Ruj. Fail : JAKIM/(9.00)/4:0001-6( )
Tarikh : 25 MAC 2010
MOHAMMAD DANIAL BIN MOHAMMAD ASRI
no.34 jalan usj 12/1,47600 Subang Jaya,Selangor

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Encik/cik

TEMUDUGA DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA SESI 2010/2013

Adalah saya diarah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Encik/Cik dikehendaki hadir untuk temuduga tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 06/04/2010 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Baru
Selangor Darul Ehsan

3. Encik/Cik diminta membawa dokumen-dokumen berikut:

i. Surat Panggilan Temuduga
ii. Borang Permohonan yang lengkap diisi.
iii. Mushaf al Quran ( Kitab berzanji bagi calon wanita yang uzur)
iv. Kad Pengenalan dan satu salinan yang telah disahkan
v. Slip/Sijil SPM asal dan satu salinan yang telah disahkan
vi. Lain-lain sijil asal yang berkaitan.
vii. Alat tulis

4. Encik/cik diingatkan supaya datang lebih awal untuk pendaftaran. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit Pengambilan di talian 03-60635333/5350.

Sekian Terima Kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah

(CHE IBRAHIM BIN CHE MAN)

Pengarah
Darul Quran Jakim

Nota : Ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan

13 comments:

Ibnu Roslan said...

Hmmm....terpulang...haha
ko nak kemana ni??
anta kalu nak 'dia' kna thabat la...haha

Anonymous said...

oit.masuk je darul quran.

hamdan @hensem

danialarief said...

ammar merapu dah tu
abg hamdan..hahaa

Anonymous said...

dq ok je..hehe

Mus'ab Umair said...

istiqarah dulu

k.salwa said...

pokok persoalan nya :
what do u imagine u will be in 5 years from now?

then from that u chart your life's journey on how u want to get to that target.

danialarief said...

thx kak salwa.

Anonymous said...

persoalannya kenapa apply DQ?knpa nak masuk sana?

mujahidah1702 said...

oowh...apply DQ jugak..??

Musa Mohamad said...

To me la..masuk je DQ dulu kalau blm hafal 30 juzuk..kalau dah hafal 2 teruskan perjuangan di tempat lain pula le...jadikan al-Quran yang pertama & yang lain itu akan mudah datangnya...apa2 pun istiqorah la..hehe.
hope u berjaya sokmo2.

A. said...
This comment has been removed by the author.
aishasoleha said...

salam
all the best.
jaga baik-baik alamat tuh.Internet nih luas ^_^a

Anonymous said...

camne resultnye...dapat x..??

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores