Selangkah Ke Bumi Anbiya' 2010

Pembentukan insan yang cemerlang merupakan matlamat utama pendidikan.

Insan yang cemerlang akan dapat memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang terbaik walau di manapun dia berada. Kecemerlangan yang dicita-citakan adalah kecemerlangan yang menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Islam sebagai agama yang syumul menitik-beratkan aspek pembangunan insan untuk mewujudkan insan cemerlang, bagi memainkan peranan sebagai hamba Allah di muka bumi.

Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah telah dengan jayanya membentuk satu generasi yang cemerlang, yang telah mengubah sejarah dunia, membuka dimensi baru dalam kehidupan umat manusia.


Era kegemilangan Islam yang bermula dengan pembentukan kelompok kecil di Mekah hinggalah kepada keluasan jajahan Islamiah yang menaungi hampir 2/3 dunia tidaklah dibina dengan usaha remeh temeh. Antara faktor terpenting yang menyumbang ke arah kejayaan itu adalah itu ialah kesepaduan ukhuwah yang terbentuk antara mereka.


http://www.jalinanukhuwah.info/

Justeru itu, kita perlulah meyakini akan pentingnya elemen ukhuwah ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan tersebut. Memandangkan betapa pentingnya pelajar-pelajar lulusan Mesir masa kini pada masyarakat, maka perlunya dari awal lagi diadakan program-program yang sedikit sebanyak boleh membantu dan meningkatkan kualiti mereka di sana nanti.


Justeru itu juga,marilah kita cuba merealisasikan usaha ini dengan mengadakan satu program yang telah dirancang dan dinamakan SELANGKAH KE BUMI ANBIYA’ agar boleh menjadi titik tolak kecemerlangan mereka yang sejajar dengan peribadi dan syakhsiah diri yg tinggi.

No comments:

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores