Sembang-Sembang Kopi Sebentar.

Salam Gagasan 1Malaysia

Alhamdullilah wa syukru ala ni'matillah

Sebenarnya,saya ini tiadalah sebarang idea untuk dipersembahkan pada tulisan kali ini.Maklumlah,baru-baru ini seakan-akan terputus dari dunia luar.Senang cerita macam inilah.Saya rasa macam tinggal di sebuah planet yang tertutup dengan tempurung.Surat khabar tiada,internet susah nak dapat.Tapi alhamdullilah,ada la juga radio kecil.Mudah dibawa ke mana-mana.

Setelah beberapa minggu saya sudah memulakan sesi pembelajaran di Kuala Kubu Bahru.Di sebuah maktab(saya gelarkan ia).Apa subjek-subjeknya,mesti pembaca tertanya-tanya kan?Betul tak???

Alhamdullilah,semasa awal-awal memasuki Darul Quran,berlaku penapisan dan penyaringan di mana mahasiswa-mahasiswa Darul Quran terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan course pilihan hati dan alhamdullilah saya telah mendapatnya.Syariah.

Terdapat beberapa subjek core di sini yang secara umumnye dipelajari oleh semua mahasiswa.

antaranya ialah:Nahu Sorof,Asas Qiraat,Komputer,Bahasa Arab,Fiqh 1,Tajwid

bagi Syariah pula:Pengantar Ilmu Syariah(senang cerita,ala-ala Usul Fiqh)

Tapi ini untuk semester 1 sahaja.semester satu lebih kepada pembelajaran secara umum.Mungkin.Mungkin rasanyalah(saya pun belum mengkaji detail2 dengan sedalamnya lagi),sem-sem yang akan datang akan lebih tertumpu kepada pengkhususan dalam syukbah masing-masing.Mungkin.

Owh terlupa.Di sini ada kelas hafalan quran.Hifz 1,Hifz 2. ^..^

Itu Cerita pertama.

Mungkin yang kedua ini lebih kepada .....(nak kata aduan,nmpk mcm sadis sangat,anda yang tentukan)

Saya teringin la juga untuk melihat kalau kedai di blok B rumah sewa saya itu menjual surat khabar.Utusan Malaysia and Berita Harian pun apa salahnya.Kalau Metro pun ok juga.Pemikiran ini perlu kepada pembacaan info semasa.Itu Kedua.

Mungkin post kali ini berbentuk sembang-sembang sahaja.Tengah mencari rentak yang sudah ditelan pasir jerlus,yang sudah lama ketinggalan.Ini Langkahku(Syaibani suka lagu ni)

5 comments:

thaaqhib said...

hahah.. dunia dalam tempurung

AnA ImTiYaZ.. said...

bukan dunia dlm tempurung...

kita yang jd penentu..

sama ada mahu trus menjadi penghuni di penjara syurga, atau sebaliknya...

RaFiQ HaNiF said...

haha.. romateku.. :)

muallim hardi said...

semoga ilmu dan bekalan pengalaman di sekolah dahulu dan semasa mengikuti program2 KRIM...menjadikan anta matang dalam berjuang dan memnetukan hala tuju hidup.....pilih yang terbaik...

k.p said...

assalamu'alaikum bro.

jom g usrah.

usrah di bwh tmpurung.

ptg ni jom.

iftar skali.

macam biasa la (bg org yg biasa)

enta biasa2 kan lah.

salam satu
salam 1