Salam Sejahtera Semua
Salam 2Malaysia
Hafalan Didahulukan,Persatuan Diutamakan.Barangkali itu lah slogan yang dikibar-kibarkan di bumi Barakah Darul Quran(kata-kata penceramah taklimat,semua tergelak)
Sebelum sampai ke Darul Quran,fuhh,banyak cabaran dan dugaan kot.
Starter kereta rosak
Serious.Tika itu,serabut dah kepala ni.Rasa seram pun ada.Sebab dalam kertas,pendaftaran bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengahari.Call sana sini,pinjam kereta Uncle Jali,ala kulli hal wa biiznillah kami pun mulakan perjalanan kami ke DQ pada jam 11.30 pagi.Argh sudah.Saya terlupa,pilihanraya Hulu Selangor juga ketika sedang berlangsung.Jam yang agak teruk spanjang perjalanan menyebabkan saya terkandas dalam perjalanan.Perjalanan yang sepatutnya pendek menjadi amat panjang.Sampai dalam pukul 2 petang
Kaunter Pendaftaran Tutup
Sudah sampai.Parking kereta di depan Pusat Islam menunggu Syafiq.Rupanya Syafiq di atas tangga.Saya bertanya kepada dia,di manakah kaunter pendaftaran??Dah tutup la bro.Saya tarik dia masuk ke dalam kereta Naza kepunyaan Uncle saya,dan kami pusing-pusing mencari kaunter pendaftaran.Dengan rasa putus asa,saya pergi sahaja ke Pejabat Pentadbiran bahagian Unit Pengambilan.Kenapalah saya tidak pernah terfikir sebelum itu??
Haluan SISWA Bermula
Kami diminta untuk berkumpul dalam Dewan Muktamar untuk sesi taklimat dan kumpulan.Ada kumpulan LEMBU,KAMBING,AYAM BETINA dan sebagainya,BURUNG TIUNG pun ada.
Kemudian,kami diminta untuk menyerahkan phone dan dompet masing-masing.Saya macam disentak dan disambar petir.Dalam program Hal
KEMBARA 2010
Ini Episod yang paling menyeronokkan bagi saya.Mungkin tidak menyoronokkan bagi orang lain.Antara kata-kata masyhur yang terdapat semasa KEMBARA adalah "Kheir Jauhari lebih layak tuan".Geli hati saya mendengarnya.Mungkin kata-kata sahaja tidak dapat menggambarkan suasana sebenar.Di sini saya selitkan beberapa gambar
dan macam-macam lagi..kuliyah bermula pada minggu hadapan,apa lagi kawan-kawan.ayuh kita mulakan langkah baru
8 comments:
salam bro. .
bittaufiq wan najah. . .
ala kulli hal. .
bnykkan doa pd-Nya. .
ini jalan penuh ranjau. .
ukhuwah tanpa sempadan. . :D
Dan, tmpt DQ ni mcm syadid semacam je~
ouch~
syadid?
spe nk rasa..mai la DQ..
ust ala' kata jgn smpai dapat kelas dgn dia dah la..
ehehe...
hafalan didahulukan, persatuan diuatamakan?
persatuan apa tuh?
persatuan 'bahasa melayu'
haha..banyak la persatuan bahasa melayu anta..kat sana ada fresh orange x??
salam ,
menarik...dq
damai dan tenang.
salam ziarah..
menarik...
DQ ni, mcm tempat pangajian lain gak. tapi, cara tarbiyahnya, khusus untuk orang yang membawa Alquran..
biasa kalau x tahan, 2-3 minggu da cabut dah..
kat situ la nnt kekentalan seorang huffaz teruji..
1 perkara lagi..
da jadi hamalatul quran, kena sediakan diri untk ditarbiyah..
bukan dok mengomel kat blakang x puas hati..
tarbiyah itu perlu bukan mahu
salam intifadah...
Post a Comment