Cerita Saya Baru-Baru Ini

Salam.

Oklah,saya kemaskini cerita saya setelah lama terbiar di sini.Boleh sahaja saya updatekan di facebook dan twitter atau sebagainya,akan tetapi walakinnya blog ini sudah alah bisa tegal biasa menjadi tempat bacaan secara lengkap atau pada maknanya full package.

Ok seperti mana yang kalian semua tahu,mahupun yang tidak mengetahuinya,selepas exam STAM saya mengabdikan diri sementara di gua ceruk rantau di sebuah negara bernama Mesir bernegerikan sebuah wilayah keramat,Cairo atau bahasa arabnya yang masyhur Qaherah/Kaherah(lahjah malayu).Tidak sampai beberapa bulan,terpaksa saya keluar dari negeri berkat dek konflik dan masalah kemanusiaan yang berlaku di Mesir.Mereka sha'b Mesir berusaha mencari Hurriyah mencetuskan suatu keadaan tidak selamat lalu dipanggil pulang ke tanah air ibu bapa.

Jadinya,sini saya.Di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua,form application untuk masuk ke Azhar akan dibuka selepasa pengumumam keputusan SPM 2010 sekitar 23 march dan intakenya bermula pada september.Ini termasuk untuk Azhar dan IPTA dan sebagainya.Semua sudah diselaraskan.

Oleh itu,saya telah mengambil beberapa inisiatif untuk membina diri.Antaranya,bekerja.
Alhamdullilah saya telah mendapat kerja tetap di Shah Alam sebagai assistant kepada seorang Yb yang berkhidmat di kawasan batu something.Gaji pun boleh tahan,sesuai dengan masa kerja saya yang diberikan secara fleksibel.Saya tolong-tolong sahaja.Dalam tolong-tolong,boleh juga diisikan dengan pengalaman siyasi.Mengenal masyarakat dari pelbagai latar belakang.1Malaysia yang terdiri India Melayu Cina.Saya sebelum ini jarang sekali berkawan dengan kaum lain.Saya tidak pernah mengambil insiatif itu kecuali dikenalkan oleh Mak saya.

Kedua,ini pengalaman yang baru juga bagi saya.Saya juga sedang mengadakan kelas private bersama-sama yang berminat untuk belajar Quran daripada awal.Mula dari Iqra'.Kamaa Ko la misriyun:syuwaiya bi syuwaiya.Walaupun usia sudah lanjut meninggalkan zaman muda,namun semangat untuk mempelajari Quran itu ada walaupun terpaksa memulakan perjalanan dari awal semudah Iqra'.Perjalanan ruhani yang sangat special.Satu mujahadah yang bukan semua mampu lalui.Bukan mudah menjadi pakcik tua yang belajar Iqra' dengan anak muda seperti saya.

Saya harap dengan pengalaman-pengalaman ini sehingga bulan 9 nanti,saya dapat menganalisa sebanyak mungkin perkara,membezakan antara yang baik dan yang kurang baik.Menjadikan ia satu asas dalam meniti kehidupan yang akan datang.Wallahualam.Selamat beramal.Ada gaya Fadilah Kamsah??

5 comments:

Fahmi Bahrudin said...

ana dengar yb tu hebat!..hehe
ada ikhwah cerita la masa dia jadi pengarah kempen untuk Yb tu..
selamat bekerja!

danialarief said...

dia sangat mantap..dedicated...jiwa rakyat..

buat duit said...

Jiwa 1 Malaysia sememangnya perlu dalam diri rakyat seperti kita..membantu yang lemah tanpa kira bulu..

+rudygoeslow+ said...

alhamdulillah. teruskan perjuangan dan ! kadang2 mcm x percaya pula bila teringat danial al-asr semasa zaman sekolah rendah dahulu ;)

danialarief said...

dulu kat sekolah rendah..hingus2 je kerja..

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores