Dalam Ekspedisi,Spek Hitam Nama Diberi

The Arrivals

Setelah beberapa bulan melalui tahap-tahap dalam berblog,akhirnya terdetik di hati saya yang kecil ini untuk menulis asal usul dan sejarah blog ini.Mungkin kebanyakan daripada kamu ada yang dapat mengerti dan tidak mengerti.Namun ini amat bererti bagi saya.

Bagi saya dan dunia dakwah syumul ini,dunia berblogging ini menjadi satu tamparan hebat dalam menyampaikan Islam dengan lebih luas.Ia juga merupakan satu lonjakan dan tambahan momentum terhadap seruan kita kepada Islam yang lebih praktikal dan lebih mulia.Bagi sesetengah orang di mana-mana tempat sekalipun dispesifikkan bumi nusantara ini di Malaysia, Islam ini hanya satu praktis religion yang mana ia menjadi sebuah budaya culture,bukannya satu kemuliaan.

Pada pendapat lain,kemuliaan Islam pada kebanyakan Muslim di mana-mana adalah diukur dengan sebanyak mana dia beribadah dalam konteks ibadah yang khusus.Namun begitu,Islam lebih daripada itu.Islam itu satu cara hidup yang kesesuaiannya adalah pada tahap yang amat optimum untuk diguna pakai dalam gaya hidup masyarakat kita mahupun mana-mana masyarakat sekalipun tidak kira mereka berbangsa apa sekalipun.Ini terbukti apabila masyarakat non muslim dapat hidup aman dan selamat di bawah naungan kerajaan Islam.Sebagai contoh yang terdekat,cuba kita perhatikan komuniti Yahudi di Iran.Meskipun sifat hostile terhadap Israel adalah tinggi sehingga Ahmadinejad pernah mengeluarkan statement ingin melenyapkan Israel dari muka bumi,namun komuniti yahudi di Iran selesa untuk mengamalkan praktis religious masing-masing.

Disitulah kita dapat menggerakkan fikiran masing-masing,memerhati dan mentafsir.Adakah Islam itu sebagai sistem kemanusiaan yang hebat?Saya menjawab YA.Anda pula bagaimana?



'rakyat malaysia hidup dalam harmonis'




Sejarah Spek Hitam

1.si-kacamatahitam ini pada asalnya diinspirasikan oleh tulisan seorang sahabat satu usrah dalam blognya ketika di dunia Hira .Akan tetapi blognya sudah tiada kelihatan.Didelete agaknya.Saya begitu tergamam dan terilham apabila membaca konversasi beliau dengan senior kami iaitu Syed Isra dan beliau mencatitkannya dalam blog beliau dengan begitu detail.Namun saya tiadalah ingat akan statement-statement yang dikeluarkannya.Senior saya berbicara tentang bukakacamatahitam.Dalam memahami dunia yang penuh serba cabaran,serta ingin memahami Islam,nasihatnya,bukalah kaca mata hitam.Itu yang pertama


2.Dalam waktu yang berdekatan, saya telah mengunjungi satu bazaar uptown di Shah Alam di mana terdapat lambakan dan longgokan kedai yang menjual black eye glasses.Saya telah membeli satu.Walaupun tidak seoriginal Ray Ben yang terdapat di Jusco dan sebagainya,akan tetapi ia telah memberi saya satu ilham untuk menggunakan identiti spek hitam dalam dunia berblog.


3.semoga terhibur dan mendapat manfaat





sekadar gambar yang menghias

5 comments:

thaaqhib said...

saya pakai fotogrey punya glasses

lagi jelas pakai fotogrey

takde silau2

eh~kamu cakap pasal apa ni?

danialarief said...

hehe..kan saya telah berkata.sesetngah orang takkan fhm.biar saya ringkaskan.post ni=sejarah tertubuhnya blog spek hitam

Azril'Kiara said...

tulisan yg bagus ..
masih ada ruang lg utk perbaiki ..
nk tau tips utk menjadi penulis yg 'tajam' ?

jgn henti menulis tatkala proses pentarbiyyahan berterusan hingga ke liang lahad.

danialarief said...

terima kasih abg azril

emir.abu.khalil said...

terus menulis kacamatahitam~ Islam memerlukan enta...