Ini Semuanya Satu Mimpi


Suatu malam yang indah,sunyi sepi.Bunyi cengkerik kedengaran tatkala Kamil sedang menikmati keindahan tidurnya di kala sang malam.Malam yang penuh bermakna.Beliau menempuh alam yang indah.Bersama penasihat-penasihat,sahabat-sahabat yang memberikan kepadanya satu nasihat dan taujihat yang bermakna.Kamil tidak berasa seram atau apa-apa bahkan Kamil rasa sungguh bertuah untuk melalui malam itu.


Entah agaknya,Kamil merasakan seolah-olah Tuhan masih mengasihinya sebagai satu justifikasi kepada nama-namaNya yang hebat iaitu Ar-Rahman serta Ar-Rahim .Dalam mimpi yang serba dipenuhi dengan cahaya dan keimanan,Kamil merasa dirinya seolah-olah semut yang kecil dan micro.Dia merasa sombong dan takabbur sebelum mendapat mimpi tersebut.Dia bernoda besar,merosak akhlak dengan perkara dunia dan keji.Kefasadannya tidak dapat diukur dengan pemberat mahupun sebatang pembaris.Tuhan sahaja yang tahu hatinya itu.Orang lain tidak tahu.Kamil dalam pada masa yang sama mengharapkan keampunan dari Tuhan seiring dengan namaNya yang indah yakni Al Ghafur.


Dua sahabat menghampirinya,Asyraf dan Bakar menanyakan khabar dan keadaan semasa Kamil dek keterikatan ukhuwah antara mereka yang padu lagi manis.Fajje Atan,mimpi tersebut dizoomkan ke babak nasihat dan tazkirah."Dalam kehidupan muslim, setiap perkara hendaklah berpijak kepada satu asas iaitu sederhana,kerana jika tidak,padahnya lebih parah dan teruk daripada yang disangka.Bersederhanalah dalam keislaman kita kerana ia merupakan jalan terbaik",Nasihat Asyraf dengan lembut kepada Kamil.Kamil hanyalah mampu tergamam sahaja dan tidak mampu berbuat apa kerana dia tahu bahawa ini semua adalah sekadar mimpi belaka.


Cahaya putih bersinat,secerah sinaran mana-mana tempat.Sangat cerah.Menghilangkan terus bayang-bayang Asyraf dan Bakar yang telah memberi Kamil satu semangat dan inspirasi dalam beragama.Kamil tersedar dari lamunan igauan kemanisan.Kamil terus mengucapkan Subhanallah

*tulisan ini boleh diintepretasi dalam pelbagai makna.ini cerita semua.ikut masing-masing.


1 comment:

A said...

teruskan menulis !

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores