Kalau Bukan Kita,Siapa lagi?

1.Boleh dikatakan menariknya kehidupan saya ini setelah bersama-sama dengan kawan-kawan yang meinginkan kebaikan untuk diri mereka,keluarga mereka,masyarakat serta mereka meletakkan harapan tinggi dalam pembaikan negara mereka.

2.Sebelum ini yang mana kita tahu,sebelum kedatangan Islam,umat ini ibarat mayat yang tidak bernyawa dan tidak mempunyai roh lalu Allah mendatangkan islam kepada kita umat manusia melalui UtusanNya Muhammad S.A.W.Manusia kemudian hidup dalam keadaan yang serba indah.Indah dengan akidah yang sejahteranya,indah dengan ketamadunannya yang tinggi adab dan nilai.Islam dijadikan sebagai celupan dan tiadalah celupan yang lebih baik selain Islam.Dalam setiap aspek Islam dijadikan ukuran dan mizan.

3.Kemudian,material demi material telah menjadikan umat islam lalai dengan agamanya.Musuh-musuh senantiasa,secara istiqamah mencari jalan untuk menghancurkan umat islam.Roh islam telah dicabut daripada hati dan nadi umat Islam.Siapa yang bakal membawa kembali roh islam kepada umat ini jikalau bukan kita.

4.Lebih parah lagi,dengan ideologi-ideologi handmade manusia yang menyerapi setiap pemikiran umat islam membuatkan keadaan,haih,apo la nak dikato.Ideologi seperti Socialism,komunisme,gerakan kristinasi sedang rancak digerakkan di negara kita Malaysia tanpa kita sedari melalui beberapa gerakan dan parti politik.Sungguh mengecewakan lagi,umat islam ini berpecah belah tanpa satu kata sepakat tentang benda yang asasi tentang Islam.Perlunya bersatu pada apa yang kita sepakati bersama dan bertolak ansur terhadap sebarang ketidakngaaman dan perselisihan.

2 comments:

Anonymous said...

sabar dgn ujian dr Allah...aCCIDENT TU PON SALAH SATUNYA....maaf kalau comment tak ada kena mengena dengan tajuk..

Anonymous said...

huhu