Salam 2Malaysia

Salam Sejahtera Semua

Salam 2Malaysia




Hafalan Didahulukan,Persatuan Diutamakan.Barangkali itu lah slogan yang dikibar-kibarkan di bumi Barakah Darul Quran(kata-kata penceramah taklimat,semua tergelak)


Sebelum sampai ke Darul Quran,fuhh,banyak cabaran dan dugaan kot.




Starter kereta rosak


Serious.Tika itu,serabut dah kepala ni.Rasa seram pun ada.Sebab dalam kertas,pendaftaran bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengahari.Call sana sini,pinjam kereta Uncle Jali,ala kulli hal wa biiznillah kami pun mulakan perjalanan kami ke DQ pada jam 11.30 pagi.Argh sudah.Saya terlupa,pilihanraya Hulu Selangor juga ketika sedang berlangsung.Jam yang agak teruk spanjang perjalanan menyebabkan saya terkandas dalam perjalanan.Perjalanan yang sepatutnya pendek menjadi amat panjang.Sampai dalam pukul 2 petang



Kaunter Pendaftaran Tutup


Sudah sampai.Parking kereta di depan Pusat Islam menunggu Syafiq.Rupanya Syafiq di atas tangga.Saya bertanya kepada dia,di manakah kaunter pendaftaran??Dah tutup la bro.Saya tarik dia masuk ke dalam kereta Naza kepunyaan Uncle saya,dan kami pusing-pusing mencari kaunter pendaftaran.Dengan rasa putus asa,saya pergi sahaja ke Pejabat Pentadbiran bahagian Unit Pengambilan.Kenapalah saya tidak pernah terfikir sebelum itu??


Haluan SISWA Bermula


Kami diminta untuk berkumpul dalam Dewan Muktamar untuk sesi taklimat dan kumpulan.Ada kumpulan LEMBU,KAMBING,AYAM BETINA dan sebagainya,BURUNG TIUNG pun ada.

Kemudian,kami diminta untuk menyerahkan phone dan dompet masing-masing.Saya macam disentak dan disambar petir.Dalam program Hal




KEMBARA 2010


Ini Episod yang paling menyeronokkan bagi saya.Mungkin tidak menyoronokkan bagi orang lain.Antara kata-kata masyhur yang terdapat semasa KEMBARA adalah "Kheir Jauhari lebih layak tuan".Geli hati saya mendengarnya.Mungkin kata-kata sahaja tidak dapat menggambarkan suasana sebenar.Di sini saya selitkan beberapa gambar






dan macam-macam lagi..kuliyah bermula pada minggu hadapan,apa lagi kawan-kawan.ayuh kita mulakan langkah baru

Stucked In A Time Of Crisis

1.Saya tidak begitu menyangka tarikh 15 Mac menjadi 1 titik permulaan.1 titik yang bakal membawa ke destinasi yang menjadi rebutan seluruh pelajar satu Malaysia.Beribu-ribu applicants dihantar.dari beribu-ribu,tinggal hanya ratus-ratusan.Dari ratus-ratusan,tinggal hanya seratus.Dan itulah batch 2010/2013

2.Saya merancang,anda merancang.Nenek Wan di Ipoh,spesifik lagi,Kg Sungai Rokam juga merancang.Saya merancang hendak menyambung pelajaran di Jordan,kamu pula mungkin merancang untuk belajar di Jordan juga,mungkin USA.Mungkin.Nek Wan merancang apa pula nek??Owh,saya terlupa bahawa juga Allah juga telah merancang.Sedarnya saya bahawa Allah juga merancang membuat hati saya terangkat beban bagaikan sebuah gunung.Gunungnya tidaklah begitu besar,mungkin cuma saiznya sebesar Gunung Tahan.

3.Saya telah dedikasikan hidup saya,akhir-akhir ini dengan pergi ke sana sini,urusan zakat,pentadbiran masjid.Cop di sana,cop di sini.Pengangkutan?Semenjak ketiadaan Nouvo,saya hanya bergantung kepada pengangkutan awam untuk dimobilizekan diri ini.Wang habis,ditelan teksi,ditelan KTM,semuanya untuk ke Jordan.





20 April

Ini Keputusannya

Mesir(Pengajian Islam dan Bahasa Arab)

  • Assidiq Fauzan(STAM Hidayah)
  • Ahmad Solehuddin Ismail(STAM Hidayah)
  • Nabil Fikri (STAM Hidayah)
  • Ahmad Farhan Selamat(STAM Hidayah)

Mesir(Perubatan)

  • Sakinah Zulkarnain(SAMTTAJ)
  • Zuriani Zulkifli(SAMTTAJ)

Jordan(Pengajian Islam dan Bahasa Arab)

  • Ammar Bin Roslan(SMI HIRA JERAM)
  • Intan Quraisha Rahman(SAMTTAJ)
  • Aqilah Ali(SAMTTAJ)

Ini antara insan-insan yang bertuah dan berhak mendapat tajaan dari kepada kerajaan kerana mereka telah berusaha.Semua orang berusaha.Cuma rezeki itu kan Allah yang beri.

4.Ada seorang senior berkata selepas keluar keputusan zakat."tkpe,ketentuan Allah ada dalam keputusan tu,apa-apa pun,nta pilih DQ,make sure dont regret it,maybe it will turnout better than you can ever imagine.No one knows right?

"Open your eyes and hearts and mind,if you just look bright to see the sign".Itu Maher Zain kata.Ada logik juga dia kata macam itu.

5.Wish me luck.

The Road Not Taken Yet

Alhamdullilah wa syukrullilahi ta'ala saya panjatkan kepada Tuhan Maha Tinggi yang saya telah akuinya sejak azali lagi.

15 April lepas,saya berkesempatan untuk membuat semakan IPTA di internet

ini hasilnya,


TAWARAN KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN JAKIM SESI 2010/2013

SURAT PENGESAHAN TAWARAN
( Boleh difax ke nombor 03-60645497 / 60642936 )
Tarikh : 15/04/2010
Nama : MOHAMMAD DANIAL BIN MOHAMMAD ASRI
Alamat : no.34 jalan usj 12/1,47600 Subang Jaya,Selangor


Allahhh..sesuatu yang menggembirakan bagi diri saya,juga tidak tahu nak gambarkan macam mana lagi betapa bersyukurnya hati ni.sejak kecil lagi memang cita-cita saya untuk menjejakkan langkah di bumi quran ini.Quran? entah macam mana, secara tak sedar, minat tu tiba2 boleh datang.Bagaimana dengan Jordan?

ALLAHU AKBAR!
Diakan sebaik-baik perancang.

dahulukan agama, tarbiyah dan dakwah.

Kerana itu tujuan asal penciptaan kita.kita khalifah(sudah lupakah saudara?).kita diberikan amanah dan tanggungjawab untuk memikul urusan di dunia ini.apalah gunanya jika amanah dan tanggungjawab itu nanti dilaksanakan tanpa berpegang teguh pada tali ILAHI.rosak bumi.rosak alam semesta.rosak segala2nya.dan nanti balasannya kita lah yang akan tanggung!nauzubillah~dan perlu penulis ingat, akhirat lah destinasi seterusnya nanti.yang pasti akan kekal abadi

Apa-apa pun,saya amat mengharapkan jikalau saya dapat menyambung pelajaran ke Jordan,itupun jika Zakat Selangor meluluskan permohonan saya untuk menerima biaya di sana kerana kos hidup dan yuran di sana adalah amat mahal sekali.Doakan saya.Doakan penulis

3 Orang Je??

Sebenarnye,sudah agak lama saya tidak menjejakkan ke tempat-tempat sebegini.Ketika umur masih kecil-kecil dulu,adalah juga pergi bersama famili.Buat BBQ,makan nasi lemak dengan orange sunquick menjadi tatapan selepas bermandi manda.Kenangan.Kenangan.

Ok,saya mengaku,dalam tahun ini dan tahun lepas adalah juga saya pernah menjejakkan tempat sebegini.Saya ingat lagi semasa menjadi urusetia Program Kem Daie Muda yang bertempat di Sungai Congkak.Airnya sangat sejuk,tidak boleh dibayangkan kalau saya mandi di sungai di UK.Resdung?haha.itu semestinya.Rindu.Rindu

Saya ingatkan,kalau saya pergi lagi tempat-tempat seperti ini,dalan kepala,"mesti dah tercemarkan sungai".Hakikatnye,masih ada tempat-tempat lawa macam ni.Masuk pun kena bayar RM1.Berbaloi,biasalah,untuk maintance semua perlukan duit bukan??Tapi masa saya pergi hari itu ke Sungai Gabai nih,yang tercemarnye benda lain.Long story bak kata adik ana Arief Iqbal.




M.Y.V.Y bukan M.Y.F.C

sedikit shots daripada seorang yang amatur.

live daripada kejohanan Muslim Youth Futsal Challenge 2010









Antara Diari Madhi Saya.Esok Ada Lagi

Antara Diari Madhi Saya.Esok Ada Lagi

Macam-macam saya sudah lalui beberapa hari ini.

1.Saya jumpa kawan yang sudah lama ada dalam list YM,tapi masa jumpe,tak tahu pule itu dia

2.Interview Darul Quran

3.Zakat

4.Passport(on the way,mama nak ajak gi Disneyland(katanyalah,gi jordan lagi mengiurkan)

5.Jumpa Pengetua(Puan Asmawati)

6.Dinner Jasamu Dikenang HIRA

7.Tidur rumah Ustaz Ala'(ustaz memang laju bawak kereta,saya sampai pengsan dalam kereta beliau)

8.Juga Syed Muaz ^..^(imam besar pule)

9.Pergi pasar dengan sahabat Haziq Jamri

10.List-list ini tidak diatur dengan sebaiknya.




Hari esok ada lagi,insyallah.kalau ditakdirkan

Selangkah Ke Bumi Anbiya' 2010

Pembentukan insan yang cemerlang merupakan matlamat utama pendidikan.

Insan yang cemerlang akan dapat memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang terbaik walau di manapun dia berada. Kecemerlangan yang dicita-citakan adalah kecemerlangan yang menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Islam sebagai agama yang syumul menitik-beratkan aspek pembangunan insan untuk mewujudkan insan cemerlang, bagi memainkan peranan sebagai hamba Allah di muka bumi.

Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah telah dengan jayanya membentuk satu generasi yang cemerlang, yang telah mengubah sejarah dunia, membuka dimensi baru dalam kehidupan umat manusia.


Era kegemilangan Islam yang bermula dengan pembentukan kelompok kecil di Mekah hinggalah kepada keluasan jajahan Islamiah yang menaungi hampir 2/3 dunia tidaklah dibina dengan usaha remeh temeh. Antara faktor terpenting yang menyumbang ke arah kejayaan itu adalah itu ialah kesepaduan ukhuwah yang terbentuk antara mereka.


http://www.jalinanukhuwah.info/

Justeru itu, kita perlulah meyakini akan pentingnya elemen ukhuwah ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan tersebut. Memandangkan betapa pentingnya pelajar-pelajar lulusan Mesir masa kini pada masyarakat, maka perlunya dari awal lagi diadakan program-program yang sedikit sebanyak boleh membantu dan meningkatkan kualiti mereka di sana nanti.


Justeru itu juga,marilah kita cuba merealisasikan usaha ini dengan mengadakan satu program yang telah dirancang dan dinamakan SELANGKAH KE BUMI ANBIYA’ agar boleh menjadi titik tolak kecemerlangan mereka yang sejajar dengan peribadi dan syakhsiah diri yg tinggi.

Dapatkan Segera daripada Istisyhad Bookstores